Saturday, December 12, 2009

SAYA MERINDUI MEREKA

Sekarang UIA sudah mula cuti mid-sem.Alhamdulillah saya sempat sampai ke rumah pada pagi Jumaat sebelum subuh.Bas GATE bergerak begitu pantas,sedar tak sedar dah sampai rumah.Seminggu sebelum cuti, saya tak mampu berbuat apa-apa,terasa diri begitu serabut,macam-macam yang datang dalam kepala.

Hari-hari yang hampir dengan waktu cuti,fikiran saya dah mula melayang, teringatkan rumah,belajar entah ke mana,subjek kimia yang saya belajar pada kelas terakhir dengan Sir Hazwaneezal langsung saya tak dapat hadam atau dengan kata lain tak faham langsung.Mungkin diri saya banyak buat maksiat.Astaghfirullah...

Presentation untuk subjek Math pula,saya tibai je,terima kasih banyak-banyak kepada sahabat baik saya,saudara Solihin yang banyak membantu mengajar Math pada saat-saat akhir.Assignment untuk subjek RIM pula saya buat pada petang hari terakhir dateline yang ustazah minta.,Aduhhhh....dah la ustazah tu deputy dean irkhs,kalu tak buat kerja,malu la kat ustazah tu..

Tapi mujur,ustazah banyk membantu pada hari terakhir untuk consultation dengan lecterur.Lebih-lebih lagi,saya terpaksa buat seorang diri,sebab pasangan saya Zulhilmi Atan terkena demam campak..mujur sangat sebab Zulhilmi prepare awal-awal lagi artikel.kalau tak jadi zero hero la saya.

Banyak pula celoteh saya,tajuk pun tak masuk lagi..hehe..Ya Allah,sedar tak sedar dah 7 bulan saya meninggalkan kampus lama saya yang saya sangat rindui...DARUL QURAN JAKIM.Entah kenapa,kenangan manis ketika ditarbiyyah di DARUL QURAN JAKIM tak akan dapat saya lupakan sampai mati.Kenangan bersama abang-abang sijil GEN 8 dan diploma terutamanya naqib tercinta A.Hamidi dan A.Zulkifli Makhtar masih lagi melekat kukuh dalam ingatan.

Buat adik beradik usrah RIHAQ yang dirindui dan selamanya tidak akan di lupakan;Hasbullah di UIA NILAI dalam bidang ekonomi,abang Muiz di UITM atau universiti melayu dalam bidang sains actuary,adib azman di PJ bakal arkitek terhebat dalam sejarah dan tidak dilupakan juga adik beradik usrah yang sekarang berjuang di luar negara seperti Arif Hakimi dalam bidang kedoktoran di Jordan dan Syafiq Syarif atau nama manja Syasya dalam bidang Dirasat Islamiah Al-Azhar.

Tidak lupa juga kepada diri ini,yang sedang bertatih,berjalan mencari erti hidup sebagai hamba dan khalifah Allah di bumi.Buat adik beradik usrah RIHAQ,teruskan perjuangan,kalian semua adalah harapan untuk Islam seluruhnya,ketahuilah,diri ini setiap saat merindui kalian,berdoa dan bermunajat sentiasa pada Allah,moga suatu masa nanti kita semua akan dipertemukan oleh Allah

Moga suatu masa nanti kita akan sama-sama belayar di atas bahtera yang satu,menuju Tuhan yang SATU,mengikut sunnah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. yang satu,lantas bersama-sama di Syurga Allah sepertimana yang di janjikan.Tidak dilupakan juga,abang-abang dan kakak-kakak pimpinan PERKEMAT yang dikepalai A.Ihsan Fadhli,kalian banyak mengajar saya erti kesabaran,ketabahan,kalian banyak mengajar saya erti hidup dalam kesusahan.

Mafkan saya,sepanjang saya bekerja dengan abang-abang dalam persatuan,banyak kesilapan,kelonggaran,kedhaifan,kelemahan yang saya lakukan.Jutaan kemaafan khusus buat abang Azan Safar,selaku ketua tarbiyyah DQ,kerana saya banyak tidak memberikan kerjasama sepanjang memegang jawatan selaku Ketua Biro Tarbiyyah dan Kerohanian I.Q.Rac.Liqa' Ladar saya tak pernah hadiri,brainstorm tarbiyyah,tak pernah serius,kerja tak efektif,tunngu program rasmi baru nak hidupkan biro dan bayak lagi.Sekarang abang Azan dah berada nun jauh di sana di bumi barakah dan bumi anbiya' Syria.Moga abang dan adik beradik lain semua gembira.

Sekarang dah ramai abang-abang diploma DQ yang belajar di luar negara,A.Ihsan,a.mat isa,a.firdaus kadir,a.syaukani..Kalian bertuah dan beruntung kerana menimba ilmu dan pengalaman di Jordan,moga kepulangan antum ke tanah air suatu hari nanti dapat mengembalikan kegemilangan Islam dan gerakan Islam itu sendiri.

Tidak lupa juga kepada pimpinan I.Q.Rac GEN 9,malik,majid,afifi,azam dan ahmad firdaus yang sekarang ini masih bersama-sama saya berjuang di UIA.Juga pada sahabat saya khairul azmi yang terbang ke mesir menimba ilmu kedoktoran.Saya amat merindui saat-saat kita bersama dahulu di DQ,bermesyuarat,makan dalam talam,mengulang di masjid,usrah,tidur di masjid bersama dan buat kerja sama-sama.Sekarang suasana sebegitu sudah hilang bila tiba di UIA,kalau adapun jarang sangat kita bersama..Mungkin kesibukan masing-masing dengan kuliah dan assignment agak memisahkan kita..Tapi ketahuilah,walau kesibukan melilit kita,tapi hati kita tetap bersatu dan salinh merindui.

Tidak dilupakn juga adik-beradik yang lain,razani,azam PES,fahmi usahawan UIA,syahid jururawat markaz pas pusat,nizar yang baru operate kaki,asyraf azhar si pemikir bintang langit dan bumi,mahidin di NILAI pengasas ekonomi baru dan malik ulamak kontemporari usul fiqh.Juga yang paling tidak di lupakan cikgu Naim yang belajar di maktab perak,bakal pengetua dan adun mengkebang akan datang.

Mereka semua inspirasi hidup saya sepanjang masa,rindu dan sedih saya bersama-sama dengan mereka,tawa,senyum,duka,sedih dan jerih perih saya adalah besama-sama dengan mereka.Kalian yang banyak mengajar erti sebuah kehidupan dan perjuangan hingga ke tahap ini , Allah yang menemukan kita dan Allah juga yang memisahkan kita buat sementara waktu demi meenguji ketabahan hati.Juga adik beradik muslimat,jagalh diri elok-elok,menempuh badai cabaran yang tidak kurang hebatnya.

Saya mendoakan agar Allah menetapkan hati kita dalam perjuangan,terus kekal dalam reda dan rahmat Allah sentiasa.Buat sahabat-sahabat DQ yang lain,ukhuwah kita tetap akan kekal,juga buat ustaz-ustaz yang pernah mendidik saya dahulu iaitu ustaz Fadzli dan ustaz Wan Samukti,hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasa mereka.

Ya Allah,tiada yang aku pohonkan melainkan keampunan dan rahmatmu.Moga kau menempatkan kami dalam Syurga bersama-sama para anbiya',auliya',syuhada',siddiqin dan para solihin.Ameen...

Sunday, December 6, 2009

SAYANG,JANGAN TINGGALKANKU

Sayang,beri aku peluang mendekatimu,jangan kau jauh daripadaku,aku tau,semenjak akhir-akhir ini aku banyak melupakannmu.Bukan niat aku melupakanmu,tapi,aku sedikit sibuk menjelang exam yang baru berlangsung.

Sayang,tiap-tiap malam aku dan kau bersama,tak pernah kita berjauhan,saling merindui,saling menyayangi,saling bermesraan,maafkan daku wahai pengubat rinduku.Aku tahu,kau pasti marah,sakit hati,benci padaku,mungkin kau patut berlaku begitu,kerana semua ini adalah salah dan silapku yang banyak melupakannmu.

Sayang,tiap-tiap kali kita bertemu dan berpisah,pasti aku tidak lupa untuk mengucup dan menciummu,bahkan ku pelukmu erat-erat,supaya aku dan kau merasa rindu untuk bertemu lagi pada masa akan datang.

Aku selalu menyebutmu,waktu pagi,petang,siang dan malam,waktu aku dalam perjalanan ke kuliah saban hari dan minggu,dalam solat juga aku menyebutmu,lepas solat lagilah aku menyebutmu.Duhai sayangku,jangan kau melupakanku,aku cuba menyebut dan mengulang-ulang dirimu supaya aku tidak akan melupakanmu lagi

Please,please....jangan tinggalkan aku....dari kecil aku mengenalimu,semenjak aku mengerti akan hidupku di dunia ini,ibu dan bapaku memperkenalkan aku padamu,lantas ibu dan ayahku menyuruhku supaya menyintaimu selalu.

Padamu penuh pengajaran dan nasihat,padamu penuh sejarah dan kesaktian yang tidak dimiliki oleh makhluk lain,padamu juga tempat rujukan dari seluruh makhluk yang hidup di muka bumi ini.
KAU terlalu istimewa duhai teman.

Setahun yang lepas,cita-citaku sejak kecil untuk meletakkan dirimu dalam dadaku akhirnya tercapai juga.Walau susah menempuh cabaran,walau perit jalan yang ku lalui,walau sakit dan demam aku bersengkang mata bercinta denganmu,aku tetap dengan pendirianku,tak akan putus asa meraih cintamu.

Kini,aku semakin melupakanmu,aku sering meninggalkanmu,aku selalu tidak istiqamah dalam mengingatimu.Maafkanku wahai teman.Sesekali,pernah aku menyebutmu sebelum tidur,sehinggakan aku lena dan terbuai dengan keasyikan menyebutmu.Esoknya,aku terus mencari di mana dirimu.

Syukur,aku masih lagi mengingatimu hingga kini,walau aku merangkak,walau aku berjalan,walau aku berlari,kau sudi menerimaku dalam hidupku.Maafkanku sekali lagi.Sesekali aku mendengar manusia menyebutmu dalam televisyen,radio,masjid dan di mana-mana saja,pasti kau akan diingati.

AKU PASTI DAN YAKIN,AKU AKAN MENYINTAIMU SELALU WAHAI AL-QURAN.AKAN KU JUNJUNG DAN JULANG AL-QURAN SEHINGGA SETIAP ISI DAN KANDUNGANMU PASTI MENGALIR DI BUMI YANG PENUH HURU-HARA HARI INI.


YA ALLAH,AMPUNKAN DOSAKU MELUPAKAN AL-QURAN,JANGAN KAU JADIKAN AL-QURAN INI HUJAH KE ATSA DIRIKU.JANGAN ENGKAU AZAB DAN SEKSA DIRIKU KERANA AKU MELUPAKAN AL-QURAN.

YA ALLAH,TIADA KETENANGAN HAKIKI,MELAINKAN AKU SELALU MENGINGATIMU DENGAN MEMBACA AL-QURAN.AMPUNKAN DOSAKU YA ALAAH.............JADIKAN DAN MASUKKAN AKU DALAM GOLONGAN YANG BERAMAL DAN BERIMAN DENGAN AL-QURAN.......

YA ALLAH.......TUHAN YANG MENURUNKAN AL-QURAN.......DISISIMU KU MENGHARAPKAN PERTOLONAGN,SYAFAAT DI DUNIA DAN AKHIRAT DENGAN AL-QURAN.........AMIN YA...ARHAMARRAAHIMIN.....



Saturday, November 28, 2009

PENGORBANAN ITU PAHIT

Seperti yang saya janjikan pada keluaran yang lepas,kali ini saya akan berkongsi apa yang saya dapat daripada isi khutbah Hari Raya Aidiladha yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang.

Umat Islam setiap tahun menyambut hari raya qurban,menyelami,menghayati dan mengingati sejarah perjuangan Nabi Agung Ibrahim 'alaihissalam dan anak kesayangannya Nabi Ismail 'alihissalam.Pengorbanan yang tidak sedikit yang perlu dilakukan lantaran perintah dan titah daripada Allah subhanahuwataala.Setelah nabi ibrahim bermimpi menyembelih anaknya Ismail,lantas nabi Ibrahim menceritakan perihal mimpi itu kepada anak kesayangannnya nabi Ismail.Setelah nabi Ibrahim menceritakan perihal mimpi yang besaR maknanya itu,anaknya ismail lantas menjawab,wahai ayah yang kucintai,laksanakanlah apa yang diperintahkan oleh Allah ke atasmu.


Lalu ibrahim melaksanakan perintah Allah tersebut tanpa ragu-ragu kerana yakin Allah tidak akan memerintahkan sesuatu melainkan ada hikmah disebalik perintah tersebut.Lalu dengan kuasa Allah,smail ditukarkan dengan seekor kibash.Ismail langsung tidak membantah denmgan mengatakan,di mana akalmu wahai ayahku,di mana kewarasanmu wahai ayahku kerana sanngup menyembelih anakmu sendiri,adakah ayah ingin berlaku curang terhadap anakmu ini?Ismail langsung tidak membantah,bahkn dengan semangat pengorbanan yang tinggi,di tambah dengan keimanan yang sangat kukuh kepada Allah,Ismail besedia menuruti perintah ayahnya itu.Itulah contoh tarbiyyah yang tinggi,Ismail anak yang masih muda,punya kekuatan dalaman yang hebat,tidak sesekali ingkar akan perintah Allah.


Itulah serba sedikit yang dapat saya kongsi,banyak lagi sebenarnya,apa-apa pun,walau sedikit,ambillah pengajaran
daripada kisah tersebut.saya berdoa moga saya termasuk dalam golongan manusia yang kuat pengorbanannya kerana Allah dan untuk Allah.Juga buat sahabat-sahabt seperjuangan saya,fikrlah,apa ynag telah kita sumbangkan untuk islam.apa sumbangan kita untuk memajukan dan memenangkan islam,dikala umat islam dalam keadaan yang sangat lemah,dihina dan dicaci.Berkorbanlah apa yang kita mampu,duit,harta,tenaga,jiwa dan raga demi melihat islam kembali gemilang.Lupakanlah perkara-perkara yang melambatkan kebangkitan dan kemenangan islam,tumpukan usaha untuk memantapkan islam

Buat mahasisma di kampus,jangan sibuk nak bercouple,jangan sibuk nak fly pergi tengok wayang,jangan sibuk nak cuba-cuba buat maksiat,kurangkanlah berfikir perkara sebegitu,berfikirlah untuk agamamu ini.Abul Hasan Ali An-Nadwi menagis tatkala melihat tamadun Islam hancur begitu sahaja.Renung-renungkanlah semua wahai sahabatku.

Friday, November 27, 2009

CINTA AIDILADHA

Tepat jam 9 malam saya menaiki bas gabungan anak Terengganu untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Qurban.Setelah kepenatan berpuasa sunat 9 Zulhijjah lantaran saya tidak bangun untuk bersahur bagi memberikan sedikit tenaga untuk menunaikan amalan sunat yang besar pahalanya disisi Allah.Namun saya tetap meneruskan niat tersebut,berkorban untuk tidak makan satu hari lantaran amalan tersebut amat dituntut oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Pelajar-pelajar UIA yang lain ramai yang telah pulang ke kampung,saya,anak-anak Terengganu dan anak-anak Kelantan yang masih belum pulang lagi,ada juga sahabat-sahabat saya yang tidak pulang lantaran berkorban masa untuk mengulangkaji pelajaran untuk exam mid-semester yang akan tiba,namun mereka yang pulang ke kampung juga dianggap berkorban untuk pulang ke kampung bertemu dengan ahli keluarga yang dirindui,sudah semestinya saya termasuk dalam golongan mereka.

Bas bertolak dari UIA,saudara hafiz meminta saya membacakan doa memohon pada Allah agar selamat dalam perjalanan pulang.Jalan raya penuh sesak.Saya berdoa agar dapat sampai ke kampung pada awal pagi,bimbang melihat kesibukan warga kota yang begitu ramai pulang ke kampung masing-masing.Rindunya saya pada kampung Rusila,entah kenapa,mungkin keriuhan pada pagi jumaat membuatkan saya tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah.Mungkin juga hati saya merindui untuk mendengar kalam ulamak yang saya kagumi Tuan Guru Haji Hadi Awang


Pukul 5.30 pagi,saya menuruni anak tangga bas yang berhenti betul-betul dihadapan masjid Rusila yang saya rindui,berjalan masuk ke masjid.Tidur sekejap,azan subuh dilaungkan,lantas saya berwudhuk dan solat sunat rawatib.Saya menunggu untuk melihat kelibat TG Haji Hadi masuk ke masjid untuk solat,namun akhirnya tidak kelihatan,mungkin outstation barangkali.Saya menunaikan solat subuh berjemaah,seusai solat,saya terus keluar untuk menelefon ayah saya.


Namun malang,kredit saya sudah habis,saya terpaksa berjalan kaki sampailah ke rumah.Badan letih,tapi saya tidak tidur,bimbang terlajak dan terlepas solat sunat hari raya.Masa yang ada saya isi dengan melepaskan gian membaca akhbar Harakah keluaran lepas.Banyak isu-isu menarik terutamanya isu seminar politik PAS yang diadakan di Taman Melewar yang saya ikuti sepenuhnya.Tepat jam 8.15 pagi saya sampai di masjid Rusila,tertidur seketika lantaran diri terlalu penat,mata saya pedih, merah kerana semalaman tidak tidur.Tok Guru haji hadi mengimamkan solat sunat,bacaannya sebak,begitulah setiap kali solat sunat hari raya,beliau pasti menangis setiap kali mengimamkan solat sunat hari raya saban tahun


Hati saya juga sebak,tapi tak dapat menitiskan air mata lantaran diri sangat-sangat penat.Khutbah disampaikan penuh berisi dan ilmiah,membuatkan saya manjadi segar semula.Mungkin isi khutbah tersebut akan saya muatkan dalam post terbaru InsyaAllah.

Tuesday, November 24, 2009

SELAMAT DATANG HAMBA ALLAH YANG DIKASIHI

Mungkin ini persiapan awal saya untuk menjadi seorang penulis.Apa-apa pun saya mengharapkan sokongan daripada sahabat-sahabat sekelian dalam memberi tunjuk ajar kepada saya.Hanya Allah yang mampu membalasnya.Alhamdulillah tak lama lagi,esok lusalah tu,umat islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut Hari raya Aidiladha.Hari kebesaran umat Islam,tanda keagungan Islam masih dapat dirasai sehingga hari ini.Banyakkan ucapan syukur,bertasbih,bertalbiah bagi orang-orang yang menunaikan haji,bertakbir dengan penuh rasa kagum dan takjub pada Allah rabbul'alamin.

Sesunggguhnya nikmat-Mu tidak terkira banyaknya.Buat teman-teman seperjuangan,ambillah pengajaran daripada kisah Nabi agung Ibrahim A'laihissalam dalam menuntut pengorbanan yang sangat tinggi demi meraih cinta dan kasih sayang Allah Taala.Semalam kealab Perkim telah mengadakan satu ceramah bertajuk "Hakikat pengorbanan" sempena dengan hari raya kurban yang akan tiba tidak lama lagi.Banyak input yang menarik yang dapat saya ambil.

Apa-pun mungkin saya akan keluarkan posting yang lain pada masa akan datang untuk berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat yang sudi berkunjung ke blog saya ini.Mohon pertolongan hanya kepada Allah ats segala kelemahan yang mungkin saya sedari ataupun tidak saya sedari.Saya bukanlah seorang penulis yanh hebat sepertimana sahabat saya yang lain,namun diri ini akan terus berusaha untuk melakukan yang terbaik.Moga Allah memberi rahmat dan kemudahan kepada diri ini.amin.