Saturday, April 24, 2010

PERANAN TARBIAH ISLAMIAH HARAKIAH DALAM PEMBENTUKAN JEMAAH

Antara sifat-sifat tarbiyah Islamiah itu,ia mesti syumul sebagaimana syumulnya Islam.Ia tidak boleh ditumpukan kepada sebahagian daripada aspek fitrah manusia,dan tanggungjawab mereka di atas muka bumi ini.Ia tidak boleh kepada aspek kerohanian dan akhlak sahaja,seperti penumpuan yang dinyatakan oleh bidang tasawwuf dan akhlak tanpa menafikan bahawa itu juga adalah WAJIB.

Ia tidak boleh ditumpukan kepadan teori-teori aqliah sahaja seperti dibincangkan oleh ahli-ahli falsafah,dengan menyedari bahawa akal juga mempunyai peranannya,meliputi roh dan jasad,hati dan akal,akhlak dan sikap,yang menjadi bekalan di masa senang dan susah,gembira dan derita,damai dan perang,yang memungkinkan seseorang itu menghadapi segala cabaran dalam diri dan masyarakat yang dibawa oleh sifat baik atau jahat,adil atau zalim.

Oleh itu,maka tarbiyah itu mestilah meliputi serta mencakupi pelbagai bentuk tarbiyah seperti tarbiyah rohaniah,ijtima'yah,jihadiyyah,'aqliyah,akhlakiyyah dan sebagainya.Ia berdasarkan kesyumulan Islam dalam aspek akidah,syariat dan nizam.

Walaupun manusia itu mempunyai sifat-sifat semulajadi,peranannya dan kemampuannya adalah terbatas.Mestilah ditarbiyahkan ke arah membina kekuatan akidah yang membina shakhsiyah denagn sifat-sifat Islam,di mana perananya dalam gerakan Islam amatlah penting.

Kerana peranannya bukanlah penyebar dakyah yang bergantung semata-mata kepada kata-kata yang indah dan gaya yang menarik,tetapi peranannya adalah pendakwah yang membentuk satu umat membantu kearah itu,atau tenaganya yang penting,sehingga ke peringkat menegakkan negara Islam yang memungkinkan Islam itu dilaksanakan dengan syumulnya.

Dan bagi menyempurnakan itu semua pastilah tidak dengan percuma atau dengan harga yang terlalu murah,bukan laksana menunggu hujan dari langit,atau sekadar (kun fayakun),tetapi ia mestilah melalui proses fitrah manusia(sunnatullah) yang menjadi abdi kepada Allah dan bermatlamatkan-Nya.

Maka segala-galanya mestilah dibina di atas iman dan amal peribadi atau jama'ie,yang ditingkatkan melalui proses ilmu,amal dan fatanah.Bagi menjelaskan perkara ini,maka satu pendekatan dakwah secara hakiki perlu dikemukakan melalui beberapa aspek yang wajib di beri perhatian oleh Harakah Islamiah dan pendukungya.

ASPEK ILMU
Firman Allah dalam ayat 1 hingga 5 surah Al- 'Alaq maksudnya:"Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan,dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku,bacalah,dan Tuhanmu yang Maha Pengasih,yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

Dalam ayat 122 surah At-Taubah pula:"Dan tidaklah betul dan elok orang-orang yang beriman keluar semuanya pergi berperang;oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja daripada tiap-tiap puak di antara mereka,supaya orang-orang yang tinggal itu mempelajari secara mendalam ilmu yng dituntut di dalam agama,dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya yang keluar berjuang apabila orang-orang itu kembali kepada mereka;mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga."

Sementara dalam ayat 128 surah Fatir pula,Allah Taala berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya yang hanya takut kepada Allah di kalangan hamba-hamba-Nya ialah golongan Ulama".

Dalam sebuah riwayat pula,Sayidina Umar bin al-Khattab r.a. ada menegaskan:"Dalami pengetahuan tentang agama sebelum kamu dijadikan pemimpin."

Seseorang yang berjalan itu mestilah mengenali jalan dan tempat yang dituju dan mempunyai kenderaan yang menyampaikan ke tempat yang dituju.Sesungguhnya perjalanan di dalam berharakah dan berjemaah ini adalah jalan menuju ke akhirat,tiada jalan yang sebenar melainkan Islam kerana itulah yang dinyatakan oleh Allah Taala:"Sesungguhnya agama yang diperakui di sisi Allah adalah Islam."

Oleh itu mestilah mengenali Islam melalui jalan dan caranya dengan tasawwur yang sebenar.Menjadikannya sebagai akidah dan mengetahui bahawa syariatnya seperti akidah juga dalam menentukan sifat-sifat iman dan kufur,syirik dan munafik,berdasarkan kepada fahaman yang sebenar terhadap kesyumulan dan kesempurnaan seperti yang dinyatakan oleh Al-Quran dan Sunnah Nabi.

Perlu difahami juga bahawa seseorang Islam itu mestilah memahami perkara-perkara akidah dan tidak harus bertaklid dalam perkara akidah.Mestilah memahami perkara-perkara yang membetulkan ibadahnya,akhlaqnya terhadap Khaliq dan makhluk,sempadan halal dan haram,perintah dan larangan,sehingga dapat menilai dan mengukur dengan cara Islam,setiap perkara dan perkembangan yang ada di hadapannya.

Seterusnya mestilah memahami bahawa wujudnya Islam di muka bumi ini mestilah diwujudkan "Hakimiah Allah" iaitu dengan hukum Allah itu memerintah urusan hamba-Nya.Bukan sekadar hamba itu beribadat hanya melakukan syiar-Nya.Marilah kita mengambil pengajaran dari seorang Badwi yang memahami Islam dengan bahasa Arab yang betul apabila dia mendengar Rasulullah s.a.w. mengajak manusia kepada syahadah.Lalu Badwi itu berkata:"Perkara ini tidak disukai oleh orang yang berkuasa."

Dan seorang Badwi yang lain pula berkata:"Kalau begitu kamu akan diperangi oleh orang Arab dan bukan Arab."

Oleh itu maka ilmu Islam itu hendaklah difahami dengan bahasanya agar terselamat daripada kekeliruan bahasa dan istilah yang lain dari Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w,para sahabat r.a. menerima ilmu dari Rasullullah s.a.w. walaupun ada di antara mereka dalam usia yang sudah tua.

Mereka sentiasa menuntut ilmu samaada di peringkat Makkiyyah dan Madaniyyah,sirriyyah dan jahriyyah,mukim dan musafir atau aman dan perang.