Thursday, January 21, 2010

SALAM TARBIYYAH

Sekadar perkongsian.

Alhamdulillah,saya baru berkesempatan kali ini untuk meng"update" blog,lantaran 3 minggu yang lepas saya dikekang dengan banyak perkara.Minggu RAFEST yang cukup memenatkan bagi saya,menjadi ajk PC program yang besar seperti RAFEST cukup menguji ketahanan diri.Itu baru sedikit,jika di bandingkan dengan ujian yang diterima oleh nabi-nabi dan rasul-rasul 'Alaihimussalatuwassalam.

Jutaan tahniah dan terima kasih kepada sahabat saya,Syahril selaku bos besar yang banyak memberi tunjuk ajar dalam menjalankan tugas.Tidak lupa kepada Harris,Hanif,Ku Abdullah,abg Haq,abg Azam,Kak Sya,Kak wan(mereka ini saya panggil kak walaupun umur sama dengan saya),Aisyah dan Munirah.Jasa dan pengorbanan antum hanya Allah mampu membalasnya.

Lepas minggu RAFEST saya disibukkan dengan assignment yang banyak tertangguh,kuiz,tutorial,presentation dan kelas tambahan.Waktu yang free diisi untuk menhabiskan kerja-kerja tersebut.Isu-isu hangat yang berlaku dalam negara tak sempat saya ulas dalam blog,hanya membaca daripada sahabat-sahabat sahaja.

Hujung minggu lepas pula dihabiskan dengan menghadiri program LEADTRAIN, program yang wajib diikuti oleh semua pelajar sepanjang berada di CFS ini.

Semua ujian yang datang sepanjang minggu lepas banyak mengajar erti kesabaran,ketahanan dan yang paling penting ialah ujian tarbiyyah yang diatur oleh Allah kepada hamba-hambanya untuk menguji sejauhmana keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Saya hanya mampu mengabdikan diri hanya kepada Allah,lantaran ujian itu saya rasa cukup memeritkan.Ya Allah,Kau berikanlah kekuatan kepada aku agar aku berasa nikmat berdamping dengan Mu Ya Allah.

Mengenang kembali kata-kata Sheikh Mustapha Masyhur "TARBIYYAH bukan segala-galanya,tetapi segala-galanya memerlukan TARBIYYAH."

Bersabarlah dalam mengharungi ujian wahai teman-temanku,moga dirimu diangkat menjadi insan mulia di sisi Allah.

SALAM TARBIYYAH.MOGA DIRIMU DALAM NAUNGAN ALLAH SENTIASA.

Friday, January 1, 2010

2010 YANG DIIMPIKAN

Semalam tahun 2009 baru sahaja melabuhkan tirainya.Dan kini kita semua di seluruh dunia menyambut tahun baru Masihi 2010 dan tahun baru Hijrah 1431H yang juga baru beralih tahunnya.Pastinya setiap orang pasti ada keazaman masing-masing untuk melakukan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya.

Sambutan tahun baru Masihi disambut dengan penuh meriah tidak kira Islam dan bukan Islam,jauh lebih meriah daripada menyambut tahun baru Hijrah,bahkan mungkin orang Islam sendiri tidak merasa apa-apa dengan kehadiran tahun baru Hijrah.

Itulah nasib umat Islam pada hari ini.Namun, Alhamdulillah, ada sahabat-sahabat saya yang yang pergi berjihad di malam tahun baru semalam semata-mata ingin menyampaikan risalah Nubuwwah yang hari ini semakin dilupakn.

Tahun baru,pastinya perubahan juga ingin berlaku.Kalau pelajar ataupun mahasiswa,pastinya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan.Begitu juga guru-guru atau pendidik,penjawat awam,polis,tentera dan semua manusia pasti inginkan perubahan yang lebih baik daripada sebelumnya.


Kadang-kadang kita mungkin terlupa,dalam keghairahan umat manusia khususnya umat Islam menyambut tahun baru sekali setahun,Islam mengajar kita untuk melakukan muhasabah dan perhitungan diri setiap masa dan saat,di mana-mana sahaja.Kedatangan tahun baru disambut dengan kegembiraan,sorak ria dan hiburan yang melalaikan.

Tetapi,lupakah kita bahawa beralihnya tahun menjadikan umur kita semakin meningkat lantas semakin dekat kita dengan hari kematian.Sepatutnnya tahun baru disambut dengan linangan air mata keinsafan,menyedari hakikat bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati

Menghayati,menghitung dan menghisab diri sendiri apakah tahun 2009 yang baru kita tinggalkan itu diisi sepenuhnya dengan amal ibadat,pengabdian diri dengan penuh tawadhuk kepada Rabbul Jalil Allah Taala dan melaksanakan tanggungjawab menegakkan Islam ataupun tahun 2009 yang baru kita tinggalkan itu dipenuhi dengan maksiat yang mengeraskan hati dan malakukan dosa-dosa kepada Allah

Tahun baru 2010 yang diharapkan menjadi tahun yang kita semua mendoakan supaya Islam kembali bangkit dicemari dan ditangisi oleh mungkin kebanyakan umat Islam apabila mahkamah tinngi Kuala Lumpur membenarkan akhbar The Herald milik agama Kristian menggunakan perkataan Allah dalam tulisannya.

Mungkin ada pro dan kontra dalam isu ini,namun bagi saya,apabila melihat isu ini seolah-olah satu perancangan tersusun oleh musuh Islam untuk menghancurkan unmat Islam.

Permulaan tahu baru yang gelap untuk Islam.

Tahun baru juga menjadi pemangkin kepada pejuang-pejuang Islam untuk lebih meningkatkan gerak kerja demi melihat Islam kembali gemilang.

Parti Islam Se-Malaysia(PAS),sebuah gerakan Islam yang digeruni ramai juga tidak lupa untuk melangkah gagah ditahun baru ini,upaya memastikan agenda perjuangan Islam diteruskan walaupun ada beberapa isu yang agak membimbangkan saya sejak akhir-akhir ini.

2010 yang diimpikan.

Juga pesanan buat diri ini untuk beralih menjadi manusia yang lebih baik disisi Allah Taala,bersungguh-sungguh dalam gerak kerja dakwah,matang dalam tindakan dan percakapan,tinggi dengan ilmu dan pengetahuan,menjaga hubungan sesama makhluk dan juga kepada Allah,dan bersama memanfaatkan kelebihan yang ada untuk memberi kebaikan kepada orang lain.

Mesti rajin mengulang Al-Quran,menghadiri majlis ilmu para ulamak,memahami isu-isu semasa dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan Islam.

2010 yang diimpikan mesti direalitikan dengan amalan dan perbuatan,bukan dengan angan-angan yang berpanjangan,juga bukan dengan tidur yang berpanjangan.

Doa ku pohon padaMu Ya Allah,moga tahun baru ini tahun yang menjanjikan kebangkitan dan kemenangan pada Islam dan pejuang-pejuangnya.Amin...

2010 sudah kupijaki,langkah strategi mesti kususuli,moga-moga mengubah polisi dan misi.