Friday, November 27, 2009

CINTA AIDILADHA

Tepat jam 9 malam saya menaiki bas gabungan anak Terengganu untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Qurban.Setelah kepenatan berpuasa sunat 9 Zulhijjah lantaran saya tidak bangun untuk bersahur bagi memberikan sedikit tenaga untuk menunaikan amalan sunat yang besar pahalanya disisi Allah.Namun saya tetap meneruskan niat tersebut,berkorban untuk tidak makan satu hari lantaran amalan tersebut amat dituntut oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Pelajar-pelajar UIA yang lain ramai yang telah pulang ke kampung,saya,anak-anak Terengganu dan anak-anak Kelantan yang masih belum pulang lagi,ada juga sahabat-sahabat saya yang tidak pulang lantaran berkorban masa untuk mengulangkaji pelajaran untuk exam mid-semester yang akan tiba,namun mereka yang pulang ke kampung juga dianggap berkorban untuk pulang ke kampung bertemu dengan ahli keluarga yang dirindui,sudah semestinya saya termasuk dalam golongan mereka.

Bas bertolak dari UIA,saudara hafiz meminta saya membacakan doa memohon pada Allah agar selamat dalam perjalanan pulang.Jalan raya penuh sesak.Saya berdoa agar dapat sampai ke kampung pada awal pagi,bimbang melihat kesibukan warga kota yang begitu ramai pulang ke kampung masing-masing.Rindunya saya pada kampung Rusila,entah kenapa,mungkin keriuhan pada pagi jumaat membuatkan saya tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah.Mungkin juga hati saya merindui untuk mendengar kalam ulamak yang saya kagumi Tuan Guru Haji Hadi Awang


Pukul 5.30 pagi,saya menuruni anak tangga bas yang berhenti betul-betul dihadapan masjid Rusila yang saya rindui,berjalan masuk ke masjid.Tidur sekejap,azan subuh dilaungkan,lantas saya berwudhuk dan solat sunat rawatib.Saya menunggu untuk melihat kelibat TG Haji Hadi masuk ke masjid untuk solat,namun akhirnya tidak kelihatan,mungkin outstation barangkali.Saya menunaikan solat subuh berjemaah,seusai solat,saya terus keluar untuk menelefon ayah saya.


Namun malang,kredit saya sudah habis,saya terpaksa berjalan kaki sampailah ke rumah.Badan letih,tapi saya tidak tidur,bimbang terlajak dan terlepas solat sunat hari raya.Masa yang ada saya isi dengan melepaskan gian membaca akhbar Harakah keluaran lepas.Banyak isu-isu menarik terutamanya isu seminar politik PAS yang diadakan di Taman Melewar yang saya ikuti sepenuhnya.Tepat jam 8.15 pagi saya sampai di masjid Rusila,tertidur seketika lantaran diri terlalu penat,mata saya pedih, merah kerana semalaman tidak tidur.Tok Guru haji hadi mengimamkan solat sunat,bacaannya sebak,begitulah setiap kali solat sunat hari raya,beliau pasti menangis setiap kali mengimamkan solat sunat hari raya saban tahun


Hati saya juga sebak,tapi tak dapat menitiskan air mata lantaran diri sangat-sangat penat.Khutbah disampaikan penuh berisi dan ilmiah,membuatkan saya manjadi segar semula.Mungkin isi khutbah tersebut akan saya muatkan dalam post terbaru InsyaAllah.

1 comment: