Saturday, November 28, 2009

PENGORBANAN ITU PAHIT

Seperti yang saya janjikan pada keluaran yang lepas,kali ini saya akan berkongsi apa yang saya dapat daripada isi khutbah Hari Raya Aidiladha yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang.

Umat Islam setiap tahun menyambut hari raya qurban,menyelami,menghayati dan mengingati sejarah perjuangan Nabi Agung Ibrahim 'alaihissalam dan anak kesayangannya Nabi Ismail 'alihissalam.Pengorbanan yang tidak sedikit yang perlu dilakukan lantaran perintah dan titah daripada Allah subhanahuwataala.Setelah nabi ibrahim bermimpi menyembelih anaknya Ismail,lantas nabi Ibrahim menceritakan perihal mimpi itu kepada anak kesayangannnya nabi Ismail.Setelah nabi Ibrahim menceritakan perihal mimpi yang besaR maknanya itu,anaknya ismail lantas menjawab,wahai ayah yang kucintai,laksanakanlah apa yang diperintahkan oleh Allah ke atasmu.


Lalu ibrahim melaksanakan perintah Allah tersebut tanpa ragu-ragu kerana yakin Allah tidak akan memerintahkan sesuatu melainkan ada hikmah disebalik perintah tersebut.Lalu dengan kuasa Allah,smail ditukarkan dengan seekor kibash.Ismail langsung tidak membantah denmgan mengatakan,di mana akalmu wahai ayahku,di mana kewarasanmu wahai ayahku kerana sanngup menyembelih anakmu sendiri,adakah ayah ingin berlaku curang terhadap anakmu ini?Ismail langsung tidak membantah,bahkn dengan semangat pengorbanan yang tinggi,di tambah dengan keimanan yang sangat kukuh kepada Allah,Ismail besedia menuruti perintah ayahnya itu.Itulah contoh tarbiyyah yang tinggi,Ismail anak yang masih muda,punya kekuatan dalaman yang hebat,tidak sesekali ingkar akan perintah Allah.


Itulah serba sedikit yang dapat saya kongsi,banyak lagi sebenarnya,apa-apa pun,walau sedikit,ambillah pengajaran
daripada kisah tersebut.saya berdoa moga saya termasuk dalam golongan manusia yang kuat pengorbanannya kerana Allah dan untuk Allah.Juga buat sahabat-sahabt seperjuangan saya,fikrlah,apa ynag telah kita sumbangkan untuk islam.apa sumbangan kita untuk memajukan dan memenangkan islam,dikala umat islam dalam keadaan yang sangat lemah,dihina dan dicaci.Berkorbanlah apa yang kita mampu,duit,harta,tenaga,jiwa dan raga demi melihat islam kembali gemilang.Lupakanlah perkara-perkara yang melambatkan kebangkitan dan kemenangan islam,tumpukan usaha untuk memantapkan islam

Buat mahasisma di kampus,jangan sibuk nak bercouple,jangan sibuk nak fly pergi tengok wayang,jangan sibuk nak cuba-cuba buat maksiat,kurangkanlah berfikir perkara sebegitu,berfikirlah untuk agamamu ini.Abul Hasan Ali An-Nadwi menagis tatkala melihat tamadun Islam hancur begitu sahaja.Renung-renungkanlah semua wahai sahabatku.

Friday, November 27, 2009

CINTA AIDILADHA

Tepat jam 9 malam saya menaiki bas gabungan anak Terengganu untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Qurban.Setelah kepenatan berpuasa sunat 9 Zulhijjah lantaran saya tidak bangun untuk bersahur bagi memberikan sedikit tenaga untuk menunaikan amalan sunat yang besar pahalanya disisi Allah.Namun saya tetap meneruskan niat tersebut,berkorban untuk tidak makan satu hari lantaran amalan tersebut amat dituntut oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Pelajar-pelajar UIA yang lain ramai yang telah pulang ke kampung,saya,anak-anak Terengganu dan anak-anak Kelantan yang masih belum pulang lagi,ada juga sahabat-sahabat saya yang tidak pulang lantaran berkorban masa untuk mengulangkaji pelajaran untuk exam mid-semester yang akan tiba,namun mereka yang pulang ke kampung juga dianggap berkorban untuk pulang ke kampung bertemu dengan ahli keluarga yang dirindui,sudah semestinya saya termasuk dalam golongan mereka.

Bas bertolak dari UIA,saudara hafiz meminta saya membacakan doa memohon pada Allah agar selamat dalam perjalanan pulang.Jalan raya penuh sesak.Saya berdoa agar dapat sampai ke kampung pada awal pagi,bimbang melihat kesibukan warga kota yang begitu ramai pulang ke kampung masing-masing.Rindunya saya pada kampung Rusila,entah kenapa,mungkin keriuhan pada pagi jumaat membuatkan saya tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah.Mungkin juga hati saya merindui untuk mendengar kalam ulamak yang saya kagumi Tuan Guru Haji Hadi Awang


Pukul 5.30 pagi,saya menuruni anak tangga bas yang berhenti betul-betul dihadapan masjid Rusila yang saya rindui,berjalan masuk ke masjid.Tidur sekejap,azan subuh dilaungkan,lantas saya berwudhuk dan solat sunat rawatib.Saya menunggu untuk melihat kelibat TG Haji Hadi masuk ke masjid untuk solat,namun akhirnya tidak kelihatan,mungkin outstation barangkali.Saya menunaikan solat subuh berjemaah,seusai solat,saya terus keluar untuk menelefon ayah saya.


Namun malang,kredit saya sudah habis,saya terpaksa berjalan kaki sampailah ke rumah.Badan letih,tapi saya tidak tidur,bimbang terlajak dan terlepas solat sunat hari raya.Masa yang ada saya isi dengan melepaskan gian membaca akhbar Harakah keluaran lepas.Banyak isu-isu menarik terutamanya isu seminar politik PAS yang diadakan di Taman Melewar yang saya ikuti sepenuhnya.Tepat jam 8.15 pagi saya sampai di masjid Rusila,tertidur seketika lantaran diri terlalu penat,mata saya pedih, merah kerana semalaman tidak tidur.Tok Guru haji hadi mengimamkan solat sunat,bacaannya sebak,begitulah setiap kali solat sunat hari raya,beliau pasti menangis setiap kali mengimamkan solat sunat hari raya saban tahun


Hati saya juga sebak,tapi tak dapat menitiskan air mata lantaran diri sangat-sangat penat.Khutbah disampaikan penuh berisi dan ilmiah,membuatkan saya manjadi segar semula.Mungkin isi khutbah tersebut akan saya muatkan dalam post terbaru InsyaAllah.

Tuesday, November 24, 2009

SELAMAT DATANG HAMBA ALLAH YANG DIKASIHI

Mungkin ini persiapan awal saya untuk menjadi seorang penulis.Apa-apa pun saya mengharapkan sokongan daripada sahabat-sahabat sekelian dalam memberi tunjuk ajar kepada saya.Hanya Allah yang mampu membalasnya.Alhamdulillah tak lama lagi,esok lusalah tu,umat islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut Hari raya Aidiladha.Hari kebesaran umat Islam,tanda keagungan Islam masih dapat dirasai sehingga hari ini.Banyakkan ucapan syukur,bertasbih,bertalbiah bagi orang-orang yang menunaikan haji,bertakbir dengan penuh rasa kagum dan takjub pada Allah rabbul'alamin.

Sesunggguhnya nikmat-Mu tidak terkira banyaknya.Buat teman-teman seperjuangan,ambillah pengajaran daripada kisah Nabi agung Ibrahim A'laihissalam dalam menuntut pengorbanan yang sangat tinggi demi meraih cinta dan kasih sayang Allah Taala.Semalam kealab Perkim telah mengadakan satu ceramah bertajuk "Hakikat pengorbanan" sempena dengan hari raya kurban yang akan tiba tidak lama lagi.Banyak input yang menarik yang dapat saya ambil.

Apa-pun mungkin saya akan keluarkan posting yang lain pada masa akan datang untuk berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat yang sudi berkunjung ke blog saya ini.Mohon pertolongan hanya kepada Allah ats segala kelemahan yang mungkin saya sedari ataupun tidak saya sedari.Saya bukanlah seorang penulis yanh hebat sepertimana sahabat saya yang lain,namun diri ini akan terus berusaha untuk melakukan yang terbaik.Moga Allah memberi rahmat dan kemudahan kepada diri ini.amin.