Thursday, January 20, 2011

TAHUN PENUH CABARAN

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana diberi kesempatan dan ruang waktu untuk meng"update" blog yg sudah lama bersawang ini.Agak kecewa apabila melihat blog ini yang sudah lama terbengkalai tanpa ada apa-apa perubahan.Mungkin selepas ini saya akan berusaha untuk memastikan blog ini akan hidup sentiasa.

Buat teman-teman yang sudi memberi kritikan dan komentar yang ikhlas di dalam shoutbox saya untuk melihat blog ini hidup semula, saya ucapkan terima kasih dan jazakallah khairan jaza' atas teguran tersebut.Mungkin keghairahan menggunakn facebook sebagai media baru menyebabkan saya jarang sangat menulis di dalam blog.

Ampun maaf buat teman-teman atas kemandoman ini.Bukan saya terlau sibuk sangat pun, tetapi diri ini yang banyak membuang masa tanpa diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah untuk semua.Saya tidak ingin memberi alasan sibuk dengan kerja-kerja dakwah sehingga saya mengabaikan blog yg sudah bersawang ini.

Sudah terlalu banyak isu-isu di dalam negara dan luar negara yang berlaku yang saya tidak sebut dalam blog saya ini lantaran terlalu lama meninggalkannya.Isu-isu politik,ekonomi,sosial,kemanusiaan,pendidikan dan banyak sangat isu dalam dan luar negara yang mugkin kita semua membaca dan mangetahuinya melalui media-media yang kita semua maklumi.

InsyaAllah tahun ini tahun "grade" dari uia pj.Sedih juga untuk meninggalkan uia pj yang penuh kenangan.Terlalu cepat masa berlalu dan saya masih lagi ingat kenangan saya datang dengan keluarga sewaktu hari pendaftran.Buat ibu dn ayah,saya tidak akan mengecewakan ibu dan ayah tercinta,berusaha melakukan yang terbaik walau semenjak kebelakangan ini banyak hal yang perlu diselesaikan.

Moga Allah memberi kemudahan kepada saya untuk melakukan tugas harian dan amal ibadah dalam mendekatkan diri pada Allah.Ya...selama ini saya cukup jauh daripada Allah,lalai dan berbagai-bagai lagi..Ampunkan saya Ya Allah..hanya kepada Mu saya meminta pertolongan,hidup dan mati dalam keredhaan Mu Ya Allah...

Sekian untuk permulaan baru,moga kita dipanjangkan umur untuk melakukan tugas sebagai hamba dan Khalifah di muka bumi ini....amin.


Saturday, June 26, 2010

Pakatan hapuskan umat Islam

Serangan tentera Amerika dan gabungan negara-negara kafir yang didalangi Israel ke atas negara-negara umat Islam menyebabkan jutaan nyawa terkorban.Nyawa dam maruah umat Islam menjadi begitu murah sekali,Palestin,Iraq dan Afganistan menjadi mangsa penjajahan tentera kafir dalam keadaan yang sangat trajis.

Tujuan utama gabungan tentera kafir yang diketuai oleh Amerika,Britain dan Israel adalah untuk mengusai minyak di timur tengah dan dalam masa yang sama mengambil peluang untuk menghancurkan umat Islam yang sedang lemah akibat permusuhan sesama sendiri.Iraq merupakan negara yang mempunyai simpanan minyak yang kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi manakala Iran pula ketiga.

Sebab itu tidak hairanlah jika Iran akan menjadi mangsa yang seterusnya.Tambahan pula Iran tidak menjual setitik pun minyaknya kepada Amerika.Sebahagian besar minyak iran dieksport ke China,pesaing nombor satu ekonomi Amerika,yang membuatkan polis dunia ini melenting.Bumi Hijaz(Arab Saudi) juga berada dalam keadaan genting di mana musuh-musuh Islam yang terdiri daripada gabungan tentera salib Amerika dan Eropah berserta sekutu mereka Zionis Israel semakin menghampiri dan mengepung secara sistematik.

Ratusan ribu umat islam di Iraq dan Afganistan telah dibunuh semata-mata untuk melaksanakan perancangan jahat Imperialis Neo Con salib dan yahudi Zionis.Afganistan ditakluk semata-mata untuk memudahkan Amerika dan Eropah membina paip minyak untuk menyalur keluar minyak yang dirompak dari rakyat Iraq.

Sebahagian minyak lagi disalurkan terus ke Israel.Beribu-ribu masjid juga telah dimusnahkan.Imam-imam setra para ulamak telah diculik,diseksa dan dibunuh.

Ada masjid yang telah dijadikan pusat pelacuran oleh tentera Amerika dan sekutunya.Perpustakaan-perpustakaan yang menempatkan kitab-kitab ilmu Islam yang tidak ternilai ratusan tahun dibakar.Artifak-artifak lama dari tamadun Asyria dan Babylon yang berusia ribuan tahun di muzium-muzium Iraq yang bernilai berbilion ringgit dicuri dan dikeluarkan secara gelap dari Iraq ke pasaran eropah.

Lama sebelum perang bermula,lebih setengah juta bayi dan kanak-kanak Iraq terkorban kerana kekurangan zat dan kemudahan perubatan akibat tindakan sekatan ekonomi yang dikenakan PBB atas desakan Amerika.Generasi yang sepatutnya menjadi harapan untuk mempertahankan dan membangunkan negara pada masa hadapan telah habis dihapuskan secara sistematik.Sepanjang sekatan ekonomi,hampir semua jenis kemudahan yang diperlukan disekat sekeras-kerasnya termasuk kertas dan pen.Ini untuk memastikan generasi Islam di Iraq akan terus menjadi bodoh tanpa pendidikan yang sempurna.

Apabila Amerika menceroboh Iraq,rakyat tempatan (yang kebanyakannya dari puak Syiah dan Kurdis) telah direkrut untuk menjadi askar-askar dan polis-polis boneka ciptaan Amerika.Mereka bersekongkol dengan penjajah kafir untuk membunuh umat Islam semata-mata untuk mendapat ganjaran yang sedikit.

Walaupun pembelot-pembelot itu berasa selamat berada di bawah ketiak Amerika,mereka kehilangan banyak nyawa di tangan pejuang Iraq.Apabila Amerika dan sekutunya melancarkan serangan ke atas bandar-bandar dan kampung-kampung di Iraq,askar-askar boneka akan diletakkan di barisan hadapan,sedang tentera kafir di belakang.Sekiranya penduduk kampung atau bandar berjaya dalam peperangan ,maka ramai askar-askar boneka yang melayang nyawa.Tidak kurang juga askar kafir yang dibunuh.

Orang-orang awam terus menjadi mangsa kekejaman tentera boneka dan kafir.Setiap hari,tentera Amerika akan menceroboh rumah penduduk awam sesuka hati atas alasan mencari pejuang.Penduduk-penduduk yang kebanyakannya dari golongan sunnah akan ditangkap dan dipenjarakan .Wanita,orang tua dan kanak-kanak tidak ketinggalan.

Di dalam penjra,wanita serta gadis-gadis Iraq dirogol beramai-ramai dan aksi tersebut divideokan dan difotokan untuk dijual secara eksklusif kepada ahli-ahli politik dan orang-orang kaya syaitan Amerika yang gila untuk menjadi bahan tontona mereka.

Akan bersambung...............................

Saturday, April 24, 2010

PERANAN TARBIAH ISLAMIAH HARAKIAH DALAM PEMBENTUKAN JEMAAH

Antara sifat-sifat tarbiyah Islamiah itu,ia mesti syumul sebagaimana syumulnya Islam.Ia tidak boleh ditumpukan kepada sebahagian daripada aspek fitrah manusia,dan tanggungjawab mereka di atas muka bumi ini.Ia tidak boleh kepada aspek kerohanian dan akhlak sahaja,seperti penumpuan yang dinyatakan oleh bidang tasawwuf dan akhlak tanpa menafikan bahawa itu juga adalah WAJIB.

Ia tidak boleh ditumpukan kepadan teori-teori aqliah sahaja seperti dibincangkan oleh ahli-ahli falsafah,dengan menyedari bahawa akal juga mempunyai peranannya,meliputi roh dan jasad,hati dan akal,akhlak dan sikap,yang menjadi bekalan di masa senang dan susah,gembira dan derita,damai dan perang,yang memungkinkan seseorang itu menghadapi segala cabaran dalam diri dan masyarakat yang dibawa oleh sifat baik atau jahat,adil atau zalim.

Oleh itu,maka tarbiyah itu mestilah meliputi serta mencakupi pelbagai bentuk tarbiyah seperti tarbiyah rohaniah,ijtima'yah,jihadiyyah,'aqliyah,akhlakiyyah dan sebagainya.Ia berdasarkan kesyumulan Islam dalam aspek akidah,syariat dan nizam.

Walaupun manusia itu mempunyai sifat-sifat semulajadi,peranannya dan kemampuannya adalah terbatas.Mestilah ditarbiyahkan ke arah membina kekuatan akidah yang membina shakhsiyah denagn sifat-sifat Islam,di mana perananya dalam gerakan Islam amatlah penting.

Kerana peranannya bukanlah penyebar dakyah yang bergantung semata-mata kepada kata-kata yang indah dan gaya yang menarik,tetapi peranannya adalah pendakwah yang membentuk satu umat membantu kearah itu,atau tenaganya yang penting,sehingga ke peringkat menegakkan negara Islam yang memungkinkan Islam itu dilaksanakan dengan syumulnya.

Dan bagi menyempurnakan itu semua pastilah tidak dengan percuma atau dengan harga yang terlalu murah,bukan laksana menunggu hujan dari langit,atau sekadar (kun fayakun),tetapi ia mestilah melalui proses fitrah manusia(sunnatullah) yang menjadi abdi kepada Allah dan bermatlamatkan-Nya.

Maka segala-galanya mestilah dibina di atas iman dan amal peribadi atau jama'ie,yang ditingkatkan melalui proses ilmu,amal dan fatanah.Bagi menjelaskan perkara ini,maka satu pendekatan dakwah secara hakiki perlu dikemukakan melalui beberapa aspek yang wajib di beri perhatian oleh Harakah Islamiah dan pendukungya.

ASPEK ILMU
Firman Allah dalam ayat 1 hingga 5 surah Al- 'Alaq maksudnya:"Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan,dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku,bacalah,dan Tuhanmu yang Maha Pengasih,yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

Dalam ayat 122 surah At-Taubah pula:"Dan tidaklah betul dan elok orang-orang yang beriman keluar semuanya pergi berperang;oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja daripada tiap-tiap puak di antara mereka,supaya orang-orang yang tinggal itu mempelajari secara mendalam ilmu yng dituntut di dalam agama,dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya yang keluar berjuang apabila orang-orang itu kembali kepada mereka;mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga."

Sementara dalam ayat 128 surah Fatir pula,Allah Taala berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya yang hanya takut kepada Allah di kalangan hamba-hamba-Nya ialah golongan Ulama".

Dalam sebuah riwayat pula,Sayidina Umar bin al-Khattab r.a. ada menegaskan:"Dalami pengetahuan tentang agama sebelum kamu dijadikan pemimpin."

Seseorang yang berjalan itu mestilah mengenali jalan dan tempat yang dituju dan mempunyai kenderaan yang menyampaikan ke tempat yang dituju.Sesungguhnya perjalanan di dalam berharakah dan berjemaah ini adalah jalan menuju ke akhirat,tiada jalan yang sebenar melainkan Islam kerana itulah yang dinyatakan oleh Allah Taala:"Sesungguhnya agama yang diperakui di sisi Allah adalah Islam."

Oleh itu mestilah mengenali Islam melalui jalan dan caranya dengan tasawwur yang sebenar.Menjadikannya sebagai akidah dan mengetahui bahawa syariatnya seperti akidah juga dalam menentukan sifat-sifat iman dan kufur,syirik dan munafik,berdasarkan kepada fahaman yang sebenar terhadap kesyumulan dan kesempurnaan seperti yang dinyatakan oleh Al-Quran dan Sunnah Nabi.

Perlu difahami juga bahawa seseorang Islam itu mestilah memahami perkara-perkara akidah dan tidak harus bertaklid dalam perkara akidah.Mestilah memahami perkara-perkara yang membetulkan ibadahnya,akhlaqnya terhadap Khaliq dan makhluk,sempadan halal dan haram,perintah dan larangan,sehingga dapat menilai dan mengukur dengan cara Islam,setiap perkara dan perkembangan yang ada di hadapannya.

Seterusnya mestilah memahami bahawa wujudnya Islam di muka bumi ini mestilah diwujudkan "Hakimiah Allah" iaitu dengan hukum Allah itu memerintah urusan hamba-Nya.Bukan sekadar hamba itu beribadat hanya melakukan syiar-Nya.Marilah kita mengambil pengajaran dari seorang Badwi yang memahami Islam dengan bahasa Arab yang betul apabila dia mendengar Rasulullah s.a.w. mengajak manusia kepada syahadah.Lalu Badwi itu berkata:"Perkara ini tidak disukai oleh orang yang berkuasa."

Dan seorang Badwi yang lain pula berkata:"Kalau begitu kamu akan diperangi oleh orang Arab dan bukan Arab."

Oleh itu maka ilmu Islam itu hendaklah difahami dengan bahasanya agar terselamat daripada kekeliruan bahasa dan istilah yang lain dari Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w,para sahabat r.a. menerima ilmu dari Rasullullah s.a.w. walaupun ada di antara mereka dalam usia yang sudah tua.

Mereka sentiasa menuntut ilmu samaada di peringkat Makkiyyah dan Madaniyyah,sirriyyah dan jahriyyah,mukim dan musafir atau aman dan perang.

Thursday, March 18, 2010

Dunia rosak akibat penjajahan dan Zionis.

Semua di kalangan kita menyedari bahawa dunia Islam terletak dalam kedudukan strategik di peta dunia.Negara-negara umat islam kaya dengan hasil bumi semulajadi yang yang turut sama memberi sumbangan kepada seluruh dunia sama ada timur ataupun barat.

Ummah merupakan tenaga manusia yang memikul amanah dakwah agama Islam,yang mengajak kepada keamanan,keadilan dan persaudaraan sesama manusia.Tenaga kerja umat Islam pula dapat menjana tenaga kerja mahir dalam pasaran global yang luas.

Umat islam juga merupakan umat yang mampu membangunkan tamadun manusia dan mentajdidkannya.Namun kesan dan pengaruh penjajah masih lagi utuh dan teguh.

Situasi ini menghalang usaha murni untuk membangunkan aspek kerohanian dan material umat Islam itu sendiri apatah lagi untuk membangunkan manusia keseluruhannya supaya mereka menjadi umat yang disebut oleh Allah sebagai umat yang terbaik.

Marilah kita menyedari bahawa Orde Baru dunia hari ini adalah merupakan hasil dan cetusan strategi penjajah yang bertujuan membendung kebangkitan Islam dan seterusnya menyekat umat Islam daripada kembali kepada ajaran agama Islam yang menjadi punca keagungan kita.

Negara-negara umat Islam hari ini tidak mempunyai kebebsan dalam menyusun hal ehwal ekonomi,pentadbiran,pendidikan dan media.Mereka masih di belenggu oleh peraturan yang ditetapkan oleh penjajah.Namun pada masa ini peraturan-peraturan penjajah itu dilaksanakan oleh anak bangsa kita yang menerajui sistem pemerintahan dan mereka bercakap dalam bahasa kita.

Dalam masa yang sama,gerakan Islam yang berjuang untuk membebaskan umat ini daripada cengkaman penjajah terpaksa berdepan denagan pelbagai halangan dan rintangan sama ada dari dalam atau luar.

Sekalipun mereka bergerak dengan cara aman seperti menggunakan kaedah demokrasi,kebebasan hak asasi manusia,keadilan dan berbagai syiar yang dimomokkan oleh orde baru pada masa ini,gerakan Islam masih dihalang daripada menegakkan syiar-syiar tersebut kecuali dengan syarat mengubah Islam atau mengenepikan asas-asas keimanan dan akhlak sebagaimana yang dikehendaki oleh mereka.

Jika kita mengimbau kembali sejarah umat Islam,kita dapati umat Islam telah berjaya memberi sumbangan yang besar kepada umat manusia khususnya pada zaman keagungan Islam.Islam telah mengemukakan sistem yang terbaik dalam menguruskan sumber manusia sama ada dalam pembentukan individu,sistem pemerintahan,pengurusan ekonomi dan sebagaimya.

Islam juga berjaya memberi definisi yang jelas mengenai nilai-nilai akhlak,keadilan,persaudaraan antara sesama manusia dan hak-hak asasi manusia.Dari sudut yang lain Islam juga berjaya manusia sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini.

Antara keistimewaan Islam adalah kesesuaiannya dengan fitrah dan naluri manusia.Oleh itu Al-Quran memberi petunjuk kepada manusia sama ada melalui peraturan-peraturannya atau kisah-kisah yang dipaparkan supaya ia menjadi panduan kepada manusia dalam semua urusan mereka.

Sungguhpun gerakan Islam disekat daripada bergerak secara bebas kita masih boleh berdepan secara aman dalam negara yang demokrasi.Dari sudut yang lain,kita juga tidak akan berdiam diri terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan secara terang-terangan bagi menghalang kemenangan kita di setiap tempat.

Dalam perayaan memperingati pembukaan kota Istanbul oleh orang-orang Turki yang keluar dari Asia Tengah dengan dipimpin oleh Muhammad al-Fatih r.h. mengingatkan kita kembali bahawa Islam akan memuliakan mereka yang berpegang dengan ajarannya.

Sebagaimana Allah telah memuliakan masyarakat Arab yang keluar dari tengah padang pasir dan berjaya menewaskan dua kuasa besar dunia Rom dan Parsi.

Kebenaran akan terus kekal dan akan mendapat pertolongan dari Allah.Mereka membuat perancangan jahat sedang Allah juga merancang untuk mereka dan ingatlah bahawa Allah tidak akan menyalahi janji kepada para Rasul Nya dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bertindak.

Tuesday, March 9, 2010

PAS KINI DI ZAMAN PENGISIAN BUKAN RETORIK

Setelah berumur lebih setengah abad,PAS kini berada di zaman pengisian,bukan lagi di zaman retorik,ucapan panas membakar semangat semata-mata,walaupun ucapan seperti itu ada kalanya masih diperlukan untuk meniupkan semangat perjuangan,apabila suasana perjuangan Islam kelihatan semakin lesu dan tidak bermaya.

Juga zaman kini bukan lagi zaman di mana rakyat menelan bulat-bulat kenyataan demi kenyataan,ucapan demi ucapan yang hanya bersifat umum,umpamanya mengenai kesyumulan dan keadilan Islam dan sebagainya.Zaman kini rakyat menuntut fakta yang boleh menyakinkan mereka.

Untuk memenuhi tuntutan ini keupayaan pendukung PAS untuk melakarkan kesyumulan dan keadilan Islam sangat diperlukan.Dalam hubungan ini,kesyumulan dan keadilan Islam itu mesti diperlihatkan di kalangan warga PAS terlebih dahulu supaya menjadi teladan yang menyakinkan.

Zaman kini masyarakat menuntut pendukung PAS,terutamanya pemimpinnya,memiliki ilmu,bukan saja ilmu akidah dan syariat tetapi menguasai ilmu ekonomi,pendidikan,politik moden dan sebagainya.Di samping berketerampilan ,terdedah dengan masyarakat yang lebih luas.

Saya menambil contoh betepa pentingnya pendukung PAS menguasai ilmu ekonomi,sekurang-kurangnya di peringkat asas,seperti memahami isu GST-cukai barangan dan perkhidmatan-yang akan menambah beban rakyat apabila dilakanakan nanti.

Isu GST ini sangat penting dan perlu diketahui oleh semua lapisan rakyat kerana ia akan melibatkan senua peringkat rakyat,bukan sekadar orang bandar atau yang terlibat dalam sektor ekonomi saja.

Sebenarnya,PAS mempunyai pendukung yang mampu membawa parti Islam ini ke era polotik Islam kontemporari,malah menjadi penyumbang kepada kepimpinan ulamak di dalam PAS yang ternyata selama ini telah memberikan sumbangan besar dan sangat berjasa.Ertinya,kepimpinan PAS tidak tandus dengan para pendukung dan pemimpin berwibawa dalam semua bidang kehidupan.

Sementara itu jika kita meneliti perkembangan terkini masyarakat, ternyata perubahan besar telah berlaku dalam ruang pemikiran mereka,antara lain,di sebabkan kesan daripada kemudahan maklumat yang diperoleh daripada dunia siber yang menghantarkan maklumat dengan mudah dan cepat.

Oleh itu,sebagai organisasi politik dan gerakan Islam moden,PAS sangat perlu menyediakan pemimpin dan pendukung yang luas ilmu dan pembacaan,terdedah kepada masyarakat luas,mampu berkomunikasi dan berhujah dengan ilmu,bukan emosi.

Dalam hujah dari nas Al-Quran,Sunnah dan hadis serta kitab ulamak muktabar,tetap relevan,namun mestilah dihuraikan dalam konteks masyarakat kini,justeru kerana nas-nas tersebut sentiasa sesuai dengan semua zaman dan keadaan.

Pendukung PAS tidak lagi sekadar beretorik,bercakap secara generalise atau umum,tetapi mesti dengan fakta.Inilah tuntutan zaman kini,zaman PENGISIAN BAGI PAS.
PERUMPAMAAN ORANG BUTA DAN CELIK DALAM MENERIMA KEBENARAN.

Firmam Allah yang bermaksud: Bertanyalah kepada mereka,adakah sama orang yang buta dengan yang celik?tidakkah kamu mahu berfikir? (surah Al-An'am ayat 50).

Setelah Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan kebenaran Islam yang disampaikan Baginda s.a.w. dan sifat Baginda sebagai seorang manusia yang diutuskan sebagai Rasul,maka Allah Taala memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. bertanyakan orang kafir perbezaan antara orang yang buta dengan yang celik sebagai perumpamaan orang yang sesat dan mengikut petunjuk Islam.

Ertinya adakah sama sifat dan tingkah lakunya mereka yang sesat dengan mereka yang mendapat petunjuk Islam?

Sudah pasti tidak sama sekali,walaupun mereka bangsa atau keturunan yang sama dan warna kulit serta berbahasa dengan bahasa yang sama.

Begitu juga tidak sama orang yang memperjuangkan Islm dan mereka yang sebaliknya.Dengan sebab itu Allah turut menyifatkan mereka dalam ayat yang lain yang bermaksud "Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu wahai Muhammad perkara yang benar,sama dengan orang yang buta mata hatinya?sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang berakal sempurna."(surah Ar-Ra'du ayat 19)

Orang yang mahu memikirkan soal perbezaan antara kedua golongan tersebut hanyalah orang yang mempunyai akal yang sempurna yang boleh membezakan mana yang benar dan sesat.Justeru itu kesempurnaan akal seseorang manusia bergantung kepada sejauh mana dia menggunakan akal fikiran itu untuk mengenal pasti mana yang betul dan mana yang sesat,bukan berdasarkan hawa nafsunya sendiri.

Justeru Islamlah yang menjadikan akal manusia itu sempurna dan benar,tidak menyeleweng dari jalan yang sebenar yang perlu manusia ikut di dunia ini sebelum mendapat kebahagiaan di hari akhirat kelak.

Seterusnya Allah berfirman "Dan berilah amaran dengan A-Quran itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka pada hari kiamat"(surah Al-An'am ayat 51).

Dalam ayat ini Allah taala turut memerintahkan nabi Muhammad s.a.w. supaya memberi peringatan dan amaran dengan Al-Quran kepada mereka yang takut menghadapi Hari Akhirat supaya mereka sentiasa bertakwa kepada Allah di dunia ini dengan mematuhi segala perintahNya dan menjauhkan diri dari laranganNya.

Jangan pula ketika hidup di dunia menjadi manusia yang tidak sedar diri tentang tanggungjawab mengabdikan diri kepada Allah.

Yang penting adalah melaksanakan suruhanNya dan suruhan RasulNya supaya mereka dihimpunkan di akhirat di hadapan Allah dengan mendapat syafaat dan rahmat dariNya kerana kepatuhan tersebut.

Dalam ayat lain Allah menyifatkan mereka dengan firmannya "Sesungguhnya orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada kemurkaan Tuhan mereka."(surah Al-Mukminin ayat 57.)

Dalam ayat ini Allah Taala menerangkan perihal orang-orang yang beriman yang taat mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya,bahawa merekalah yang segera mengerjakan kebaikan dan berada di barisan depan dalan pencapaian kehidupan di dunia dan akhirat.

Allah juga turut berfirman "Dan takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soal jawab dan perhitungan amal pada hari akhirat."(surah Ar-Ra'du ayat 21)

Seterusnya Allah berfirman "Tiadalah bagi mereka seorang penolong pun dan tidak juga seorang pemberi syafaat yang lain dari Allah supaya mereka bertakwa."(surah Al-An'am ayat 51).

Ertinya tidak ada penolong yuang boleh memberi pertolongan untuk membebaskan diri mereka dari azab merlainkan Allah sahaja.Tidak ada sesiapa pun yang boleh memberi syafaat kepada seseorang di hari akhirat kelak melainkan dengan izin Allah Taala.

Justeru kebergantungan manusia kepada Allah adalah sesuatu yang sudah pasti buat selama-lamanya sama ada di dunia mahupun di akhirat kerana manusia adalah hamba dan makhlukNya.

Thursday, January 21, 2010

SALAM TARBIYYAH

Sekadar perkongsian.

Alhamdulillah,saya baru berkesempatan kali ini untuk meng"update" blog,lantaran 3 minggu yang lepas saya dikekang dengan banyak perkara.Minggu RAFEST yang cukup memenatkan bagi saya,menjadi ajk PC program yang besar seperti RAFEST cukup menguji ketahanan diri.Itu baru sedikit,jika di bandingkan dengan ujian yang diterima oleh nabi-nabi dan rasul-rasul 'Alaihimussalatuwassalam.

Jutaan tahniah dan terima kasih kepada sahabat saya,Syahril selaku bos besar yang banyak memberi tunjuk ajar dalam menjalankan tugas.Tidak lupa kepada Harris,Hanif,Ku Abdullah,abg Haq,abg Azam,Kak Sya,Kak wan(mereka ini saya panggil kak walaupun umur sama dengan saya),Aisyah dan Munirah.Jasa dan pengorbanan antum hanya Allah mampu membalasnya.

Lepas minggu RAFEST saya disibukkan dengan assignment yang banyak tertangguh,kuiz,tutorial,presentation dan kelas tambahan.Waktu yang free diisi untuk menhabiskan kerja-kerja tersebut.Isu-isu hangat yang berlaku dalam negara tak sempat saya ulas dalam blog,hanya membaca daripada sahabat-sahabat sahaja.

Hujung minggu lepas pula dihabiskan dengan menghadiri program LEADTRAIN, program yang wajib diikuti oleh semua pelajar sepanjang berada di CFS ini.

Semua ujian yang datang sepanjang minggu lepas banyak mengajar erti kesabaran,ketahanan dan yang paling penting ialah ujian tarbiyyah yang diatur oleh Allah kepada hamba-hambanya untuk menguji sejauhmana keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Saya hanya mampu mengabdikan diri hanya kepada Allah,lantaran ujian itu saya rasa cukup memeritkan.Ya Allah,Kau berikanlah kekuatan kepada aku agar aku berasa nikmat berdamping dengan Mu Ya Allah.

Mengenang kembali kata-kata Sheikh Mustapha Masyhur "TARBIYYAH bukan segala-galanya,tetapi segala-galanya memerlukan TARBIYYAH."

Bersabarlah dalam mengharungi ujian wahai teman-temanku,moga dirimu diangkat menjadi insan mulia di sisi Allah.

SALAM TARBIYYAH.MOGA DIRIMU DALAM NAUNGAN ALLAH SENTIASA.